Hari ini rasa-rasa cam nak speaking Malaya plak. After all, kita hendaklah memartabatkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan negara kita.. Chewah.. Tergagap-gagap tu. Memandangkan sekarang ni tengah aktif menulis kertas kajian, kertas kerja dan sebagainya, maka Kamus DBP menjadi teman setia, thesaurus Oxford pula untuk menambahkan lagi bunga bahasa. (it's getting harder you know...) Dahla BM aku setakat A2, payah juga nak flashback zaman sekolah dulu...
Hari ini bos takde, kena menghadiri bengkel di Melaka. So, takde gangguan sangatlah dan kerja boleh diteruskan dengan lancar. Kena siapkan dua minit dalam masa tiga hari... Kalau minit dalaman takpe, ni minit yang nak kena edar ngan agensi-agensi lain.... Kat sini strict giler2 pasal minit ni!! Siap ada daftar minit dengan tempoh edaran gitu.. Sakit jiwa!!!
Hujung minggu ni pulak kena hadir kursus Business Process Reengineering di PD. Lama dah tak menjenguk PD ni... Kat Kementerian dulu memang takde tempat lain lah.. Asyik-asyik PD, sebab tak boleh pergi jauh2... Tapi duduk State best, pegi KK lah, Labuan lah.. Rasa2 nak pergi KK lagilah...
amboi2, nak kursus ker melancong? wakakaka ... miss u la, need advise but u never here, to put my shoulder on... hahaha ... meyampah aku dengar manje2 gitu ... tgh improve english tok. mak kamek yang dah 80 ya, tauk gik nyebut honeymoon! my heart stop beating.... tol ndakkah ...
ReplyDelete