Thursday, December 17, 2009

2009 Closing

Kalu terbaca tajuk kat atas ni, of course akan teringat masa-masa closing di opis lama dahulu... Hujung tahun memang tak boleh duduk senang, panic attack melanda dan yang paling hampeh ialah aku dan staff sama-sama kena kejar supplier for the bills.

Tapi hujung tahun ni agak lengang. Lengang sebab kerja hampir selesai. Yang belum selesai kena carry forward lah. Masalahnya nak mendapatkan maklumat daripada agensi masa hujung tahun ni tak yah haraplah... Sebab semuanya dah pergi bercuti monsoon holiday! Lengang juga sebab bos ramai dah bercuti. Lengang juga sebab takde motivasi nak duduk sini lama-lama...

Agak-agaknya lah, bila aku akan dapat pindah balik ke Kuching??? Dua hari lepas dapatlah berita menggemparkan.. Akibat perasaan tamak haloba, habuannya kena soalsiasat SPRM lak... Tak berani cerita lebih nanti ada yang terasa... So adalah insan yang ikhlas meng'update' kekosongan di Kuching nun... Masalahnya nanti, nak kena 'cuci' segala 't**i', sampah yang dah dilakukan oleh jahanam sekalian tadi. Tak sanggup rasanya nak membersihkan kerja orang. Nak start dari awal?

Apa-apa pun, big boss sini memang dah siap bagitau dia tak akan release aku, berdasarkan komen2 membina ex-bosses yang memang kawan rapat dia dulu.. Tapi, tak bolehkah pertimbangkan masalah aku yang berada di perantauan serta berjauhan dengan suami, dan anak yang masih kecil???

Kepala hotak dah pening memikir semua ni... Kira bernasib baik sebab tak kena penyakit tekanan darah tinggi. Sebab aku ni memang tekanan darah rendah.. Pening memikir belanja bulanan yang asyik habis digunakan untuk beli tiket terbang balik Kuching.. Pening memikirkan yang aku kehilangan a large part of my daughter's life. Her growing up years.

Apa yang aku tak buat? Segala macam kabel dah guna. Dengan broadband segala. Kabel paling atas memang on sentiasa.

Apa lagi yang aku tak buat? Hantar surat emel sana sini. Merayu pun dah tak kira masa dan ketika...

Apa yang patut aku buat lagi? Follow up, follow up, follow up.

Apa yang aku tak perlu buat?Menyalahkan takdir?

Senangla orang lain cakap dan tengok. Kena kat batang hidung sendiri, baru korang tau. Senangler nak cakap, "Ala, takpela tu.. Duduk sini kejap..." "Bawakla anak pi sini", "Suruhla suami cari kerja kat KL..."
Cuba pulak ko buat???

Aku dah penat sebenarnya. Kalau tak memikirkan anak, tak tahula apa yang aku akan buat. Aku dah buat segala yang lurus, ikut peraturan, masih tak nampak hasilnya. Orang yang buat jalan pintas, bengkang bengkok, tai chi master tu pulak cepat dapat.

I'm tired, and I want to go home.